<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5485853\x26blogName\x3d::%5B+vectorzx+domain+%5D::\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://vectorzx.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://vectorzx.blogspot.com/\x26vt\x3d-6990963099328629355', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

::[ vectorzx domain ]::

There's no boring words in hacker's life.
New day = new things. Don't be a lazy fools!

Kos dan Prestasi OSS

KAJIAN oleh Evans Data, syarikat penyelidikan pasaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), mendapati faktor kos bukan penyebab utama mengapa perisian sumber terbuka (OSS) kini semakin popular di kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ketua Pegawai Operasi Evans Data, John Andrews, berkata walaupun faktor kos yang rendah adalah penting, namun ia bukannya faktor utama bagi PKS memilih OSS, kerana ada beberapa perkara yang menjadi pertimbangan ketika membuat keputusan untuk menggunakan OSS.

“Antaranya mereka mahukan nilai bagi setiap wang yang dilaburkan untuk membeli dan menggunakan perisian. Mereka rela membayar bagi perkhidmatan dan sokongan teknikal berbanding membayar hanya semata-mata untuk perisian berkenaan,” katanya.

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati PKS berpendapat kos perisian hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan perbelanjaan ICT tetapi sebahagian besar daripada perbelanjaan ICT untuk kakitangan bukannya perisian.

Pemilihan OSS bukan saja membabitkan penggunaan sistem operasi semata-mata tetapi pengguna turut melihat kepada perkakasan yang dimanfaatkan, kestabilan dan juga prestasi. Ada yang tertarik kepada OSS kerana menawarkan kelebihan yang tidak dapat diberikan oleh perisian komersial.

Sementara itu, Malaysia perlu membangunkan kemampuannya dalam perisian sumber terbuka (OSS), termasuk mewujudkan industri dalam bidang berkenaan bagi memastikan kedaulatan negara tidak terancam oleh mereka yang hendak mengambil kesempatan terhadap kelemahan sesebuah negara, terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Ini kerana perisian yang ada di pasaran ketika ini tidak membolehkan mana-mana pakar komputer di negara ini ‘melihat’ kod sumber (source code) perisian berkenaan.

Komen: Biar betul mamat ni cakap. Aku rasa dah ada pakar kat negara kita ni yg boleh baca/interpret kod sumber perisian ni. Hmm... Sepatutnya ayat ni diperbetulkan supaya tidak memandang rendah pakar yang ada di negara kita ni.


Sebaliknya hanya pakar yang berkhidmat dengan syarikat yang mengeluarkan perisian berkenaan saja yang boleh berbuat demikian.

Menerusi cara ini, ia terdedah kepada manipulasi kuasa besar atau mereka yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu perkara, terutama bagi mendapatkan rahsia dan maklumat sulit negara.

Dengan ini, mereka bebas untuk berbuat apa saja, termasuk memasukkan apa saja program yang mampu untuk mencuri maklumat sensitif kerajaan secara rahsia dan menghantar balik maklumat berkenaan kepada musuh negara terbabit.

Selain Malaysia, China juga sudah mengambil inisiatif bagi membangunkan sistem operasinya yang dikenali sebagai Red Flag menggunakan sistem perisian sumber terbuka sebagai asasnya. Secara tidak langsung, China sedang membangunkan modal insannya dalam industri ICT.

Perkara yang sama juga sedang berlaku di Korea Selatan, apabila kerajaannya melaksanakan projek OSS dengan membangunkan Sistem Maklumat Pendidikan (NEIS) bagi merangkaikan 10,000 sekolah.

Bagi projek perintis NEIS, sebanyak 190 sekolah di bandar raya Seoul terbabit menggunakan Linux versi Korea yang dikenali sebagai Buyeo.

Presiden Agensi Promosi IT Korea Selatan (KIPA), Jin Ko Hyun, berkata projek berkenaan sudah berjalan selama dua tahun dan maklumat yang disimpan atau terkumpul akan di hantar ke sekolah jika murid berpindah atau memasuki universiti.

“Fasa seterusnya ialah melaksanakan projek itu ke semua sekolah di seluruh negara. Langkah KIPA bertujuan membangunkan keupayaan tempatan dalam industri ICT serta memastikan keselamatan dan perbelanjaan dapat dijimatkan,” katanya.

Berita ini diambil dari Berita Harian

Komen: Bagi aku kenyataan yg diberikan adalah betul di mana OSS bukan sahaja digunakan kerana murah tapi kerana tahap prestasi yang lebih baik berbanding perisian lain. Walaupun ada kalanya OSS meremehkan tapi dengan pemahaman dan latihan yang lebih akan dapat membolehkan kita menguasai perisian tersebut.

P/S: Pergh.. apsal aku gune ayat skema nih? Lantok aa...

Mood: 8)
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

» Post a Comment